Thursday 1 December 2011

kenapa tyme marah kita menjerit?

Assalamualaikum..... Salam ukhuwah

(Ya Allah kau sedarkan pembaca yg sedang membaca ini untuk membalas salam ku,semoga dia tidak mendapat dosa kecil hanya kerana mengendahkan salamku)

hari ni saya nak share sesuatu pasal hati. Saya ada terbaca satu article dan rase ia memang benar dan patut dikongsi bersama.



Perasan tidak? jika seseorang itu sedang marah dia akan menjerit atau berteriak apabila bercakap.


mungkin akan ada yang menjawab "memangla dia menjerit dah kata tengah marah an,x kan cakap lembut2 kot"

Mungkin juga akan ada yang berkata "hatinya telah dimasuki syaitan yg bercakap itu bukan dirinya"



Yang sebenarnya, Ketika dua orang sedang berada dalam kemarahan, jarak antara ke dua hati mereka menjadi amat jauh walaupun secara luaran mereka begitu dekat. Oleh itu, untuk mencapai jarak yang demikian, mereka harus berteriak.


bagaimana pula dengan org yg berkasih sayang?


Ini kerana jarak di hatinya terlalu dekat hinggakan tidak perlu sepatah kata untuk menggambarkan perasaan mereka hanya sekadar senyuman.

Jadi wahai sahabat,kawallah diri anda ketika marah kerana ia akan menjauhkan hati anda dengan hatinya.

"THE HEART HAS REASON AND its REASON CANNOT BE UNDERSTAND."

masing2 tahu dan faham tentang hati sendiri.:) so pandai2 lah cari cara nak tenangkan hati :)



hati yg terbakar tiada penawar selain meingati Allah SWT.


syukran! yg baik kita amalkan , yg buruk kita jadikan sempadan

sekian, renung2kan , amal , dan sampaikan.